Sunday, 24 July 2011

LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH (DADAH DAN KESAN PENGGUNAANYA)

                       LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
        SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG KLANG
                                     21-25 FEBRUARI 2011
   CERAMAH DADAH DAN KESAN – KESAN PENAGIHAN NAJIS DADAH

TAJUK : DADAH DAN KESAN PENGGUNAANNYA.
PENCERAMAH : PN.NORLIZA BT KOMENG DARI AGENSI ANTI DADAH
                           KEBANGSAAN (AADK) .
TARIKH : 24.02.2011.
HARI : KHAMIS.
MASA : 9.00 – 10.30 PAGI / 2.00 – 3.30 PETANG.
LOKASI : BILIK MULTIMEDIA.

  LAPORAN AKTIVITI
   Pada kali ini,ceramah mengenai dadah di terajui oleh penceramah daripada unit Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Klang iaitu Pn.Norliza bt Komeng.Dalam ceramah,beliau menerangkan mengenai maksud dadah,jenis – jenis dadah dan kesan penggunaan dadah ke atas pelajar.
  Beliau juga mengaitkan gejala tabiat merokok di kalangan pelajar adalah sebagai pencetus atau permulaan seseorang terlibat dengan aktiviti penagihan dadah serta melalui rasa ingin tahu dan berani mencuba di kalangan remaja terutamanya yang berumur 13 tahun -  20 tahun. Beliau juga banyak menyelitkan isu-isu semasa yang selalu di paparkan menerusi siaran televesyin dan beberapa keratan akhbar yang menunjukkan perilaku yang tidak terkawal oleh penagih.Penagih atau individu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah ini.Akhir sekali,beliau berkali-kali berpesan kepada semua pelajar agar tidak terjebak dengan masalah penyalah gunaan dadah demi masa depan yang lebih terjamin dan beliau meminta pelajar-pelajar menghayati video yang beliau paparkan demi renungan bersama.

No comments:

Post a Comment