Sunday, 24 July 2011

LAPORAN ( PERTANDINGAN MELUKIS POSTER)





                  LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
        SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG KLANG
                                    21-25 FEBRUARI 2011
                         PERTANDINAGN MELUKIS POSTER
                     “MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH”

TARIKH : 22.02.2011
HARI : SELASA
MASA : 9.00 – 10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMKTG

LAPORAN AKTIVITI
    Pada hari Isnin 21.02.2011 ,AJK SLAD telah mengedarkan borang penyertaan yang mengandungi syarat-syarat pertandingan kepada semua ketua kelas sesi pagi dan petang.Ini adalah tujuan supaya pelajar dapat membuat persediaan dan mengambil masa yang sesuai untuk memahami syarat – syarat yang telah di tetapkan dan dapat mengumpul seberapa banyak idea yang boleh di garap melalui hasil lukisan mengikut tema yang telah di berikan.
    Pendaftaran telah dikelolakan oleh dua orang ahli SLAD iaitu saudari Nur Afiqah Qursyiah bt Al – Qabir dan Siti Mariamanisah bt Ali.Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar.
   Pertandingan ini telah dihakimi oleh Pn.Asiah bt Md shah (Ketua Panitia Pendidikan Seni SMKTG ) . Adalah di harapkan bahawa melalui pertandingan inilah , bakat- bakat pelukis mud a dapat dicungkil  dan seterusnya menjadi wakil sekolah bagi setiap pertandingan yang di anjurkan oleh pihak sekolah mahupun daerah . Selain itu , pertandingan ini juga dapat memupuk sikap bencikan dadah dan dapat meluaskan pengetahuan mengenai bahaya tentang penggunaan dadah di kalangan pelajar sekolah .

LAPORAN (PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH)

                       LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
        SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG KLANG
                                      21-25 FEBRUARI 2011
                         PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

TARIKH : 21.02.2011
HARI : ISNIN
MASA : 7.30 – 8.00 PAGI
LOKASI : TAPAK PERHIMPUNAN

LAPORAN AKTIVITI
  Pelancaran program bersempena minggu Anti Dadah merupakan acara pembukaan bagi sepanjang minggu aktiviti-aktivit yang dijalankan , ianya dimulakan dengan ucapan alu – aluan daripada Pengerusi Majlis dengan memberi sedikit pengenalan tenteng minggu  Anti Dadah. Acara di teruskan dengan ucapan Pengetua iaitu Tuan Haji Kaseri bin Sapar dan seterusnya merasmikan Minggu Anti Dadah dengan menampalkan tanda pangkah di replica rokok dan dadah dengan diiringi alunan muzik.

  Akhirnya pelancaran Minggu Anti Dadah ini di akhiri dengan bacaan ikrar anti dadah oleh semua pelajar yang dipimpin oleh Pengerusi Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) saudara Mohd Hafizuddin bin Ali.


LAPORAN (PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA)

                       LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
        SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG KLANG
                                      21-25 FEBRUARI 2011
                       PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA
TARIKH : 25.02.2011
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 – 10.00 PAGI
LOKASI : DEWAN SMKTG

LAPORAN AKTIVITI
  Pada hari Khamis 24.02.2011 , AJK SLAD telah mengedarkan borang penyertaan yang mengandungi syarat-syarat pertandingan kepada semua ketua kelas sesi pagi dan petang.Ini adalah tujuan supaya pelajar dapat membuat persediaan dalam masa yang singkat. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar.

  Dalam pertandingan ini pelajar sesi pagi lebih menampakkan kesungguhan dalam mencari jawapan. Kesungguhan pelajar – pelajar ini patut di beri kepujian kerana melalui pertandingan inilah pelajar dapat mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai bahaya gejala dadah di kalangan pelajar sekolah.


LAPORAN (PERTANDINGAN KUIZ ANTI DADAH)

                     LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
        SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG KLANG
                                     21-25 FEBRUARI 2011
                         PERTANDINGAN KUIZ ANTI DADAH

TARIKH : 21.02.2011
HARI : ISNIN
MASA : 9.00 – 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MULTIMEDIA

LAPORAN AKTIVITI
  Pada hari Jumaat iaitu 18.02.2011 , AJK SLAD telah mengedarkan borang penyertaan yang mengandungi syarat – syarat pertandingan kepada semua kelas sesi pagi dan petang.Ini adalah tujuan supaya pelajar dapat menyediakan persediaan dalam masa yang singkat .Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar.

  Dalam pertandingan ini pelajar sesi pagi lebih menampakan kesungguhan dalam mencari jawapan.Kesungguhan pelajar – pelajar ini patut di beri kepujian kerana melalui pertandingan inilah pelajar dapat mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai bahaya gejala dadah di kalangan pelajar sekolah.


LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH (DADAH DAN KESAN PENGGUNAANYA)

                       LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
        SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG KLANG
                                     21-25 FEBRUARI 2011
   CERAMAH DADAH DAN KESAN – KESAN PENAGIHAN NAJIS DADAH

TAJUK : DADAH DAN KESAN PENGGUNAANNYA.
PENCERAMAH : PN.NORLIZA BT KOMENG DARI AGENSI ANTI DADAH
                           KEBANGSAAN (AADK) .
TARIKH : 24.02.2011.
HARI : KHAMIS.
MASA : 9.00 – 10.30 PAGI / 2.00 – 3.30 PETANG.
LOKASI : BILIK MULTIMEDIA.

  LAPORAN AKTIVITI
   Pada kali ini,ceramah mengenai dadah di terajui oleh penceramah daripada unit Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Klang iaitu Pn.Norliza bt Komeng.Dalam ceramah,beliau menerangkan mengenai maksud dadah,jenis – jenis dadah dan kesan penggunaan dadah ke atas pelajar.
  Beliau juga mengaitkan gejala tabiat merokok di kalangan pelajar adalah sebagai pencetus atau permulaan seseorang terlibat dengan aktiviti penagihan dadah serta melalui rasa ingin tahu dan berani mencuba di kalangan remaja terutamanya yang berumur 13 tahun -  20 tahun. Beliau juga banyak menyelitkan isu-isu semasa yang selalu di paparkan menerusi siaran televesyin dan beberapa keratan akhbar yang menunjukkan perilaku yang tidak terkawal oleh penagih.Penagih atau individu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah ini.Akhir sekali,beliau berkali-kali berpesan kepada semua pelajar agar tidak terjebak dengan masalah penyalah gunaan dadah demi masa depan yang lebih terjamin dan beliau meminta pelajar-pelajar menghayati video yang beliau paparkan demi renungan bersama.